F.1 NOMBOR PENTING

F.1.1 Jika berlaku kematian ahli Qariah Surau An-Nur Country Heights, maklumkan kepada Jawatankuasa Surau An-nur yang berikut:

  • Khairil Azam B Mohd Khaidzir (012-352 7880) ATAU,
  • Riza B Johari (012-3716949) ATAU,
  • Hjh Nor Riha (012-6299394) ATAU,
  • Hj Md. Saat Bin Md. Yusof (019-2829669)

F.2 PENGURUSAN JENAZAH SURAU AN-NUR

F.2.1 Untuk makluman, Surau Pusat An-Nur Country Heights (SPANCH), adalah sebahagian daripada anak Qariah Masjid Sg Ramal Luar (Masjid Hj Mat Saman)

F.2.2 Adalah menjadi tanggung jawab pihak masjid untuk menguruskan jenazah ahli qariah surau

F.2.3 Adalah digalakkan agar jenazah dimandikan di Masjid Sg Ramal Luar (pihak Masjid akan membawa jenazah ke Masjid) disebabkan kemudahan lengkap dan selesa yang disediakan untuk memandikan jenazah

F.2.4 Walaubagimanapun pihak SPANCH dan masjid tidak menghalang untuk jenazah dimandikan dirumah, akan tetapi peralatan pengurusan jenazah mungkin kurang lengkap dan kurang selesa disebabkan tempat yang kurang sesuai

F.2.5 Tanah perkuburan qariah adalah di Tanah Perkuburan Islam Sg Ramal. Walaubagaimanapun, pihak SPANCH dan Masjid tidak menghalang jika waris berhasrat dan telah mengenal pasti tanah perkuburan alternatif

  • kos dan penggalian bagi perkuburan alternatif di bawah tanggungjawab waris
  • Penghantaran jenazah ke tanah perkuburan alternatif adalah percuma untuk jarak kurang dari 50km
  • Surcaj minimum akan dikenakan bagi setiap kilometer yang lebih dari 50km untuk menanggung kos minyak dan tol van jenazah (sila rujuk F.3)

F.3 KADAR BAYARAN & KOS PENGURUSAN JENAZAH

F.3.1 Sebagai ahli qariah SPANCH, bayaran yang di kenakan oleh pihak Masjid Sg Ramal Luar adalah sangat minimum dan tertera seperti dibawah:

Penyediaan & Penggalian Liang Lahad RM350.00
Pengurusan Kain Kafan RM0.00
Pembelian Papan Lahad RM0.00
Pengurusan Van Jenazah (Dalam Qariah) RM0.00

F.3.2 Walaubagaimanapun, kos sebanyak RM350 di atas akan ditanggung sepenuhnya oleh pihak Surau An-Nur COuntry Heights (SPANCH) bagi ahli qariah

F.3.3 Kos bayaran bagi pengurusan jenazah LUAR QARIAH surau adalah seperti berikut:

  • Kos sebanyak RM650 meliputi:
    • Penggalian liang = RM 350
    • Peralatan mandi & kafan = RM 200
    • Papan (liang) = RM 50
    • Van jenazah = RM 50
    • Kos jarak perjalanan RM3 / KM
    • Kadar dari JAIS RM3.50 / KM

F.4 MAJLIS BACAAN YASSIN/TAHLIL

F.4.1 Boleh diadakan sama ada di surau atau rumah waris/ahli keluarga

F.4.2 Maklumkan kepada Biro Kebajikan & Kemasyarakatan:

  • Khairil Azam B Mohd Khaidzir (012-352 7880) ATAU,
  • Riza B Johari (012-3716949) ATAU,
  • Hjh Nor Riha (012-6299394)

F.4.3 Sebarang sumbangan bagi tujuan jamuan ringan selepas majlis atau sumbangan kepada wakil Biro Kebajikan diatas, terserah kepada kemampuan.

F.5 KRONOLOGI DAN CARTA ALIRAN PENGURUSAN JENAZAH

Fasa Kronologi Tanggungjawab
Bila Berlaku Kematian Di Rumah
Waris hendaklah memanggil doktor yang berkelayakan untuk mengesahkan kematian. Sediakan sejarah laporan perubatan untuk rujukan.
Buat laporan ke balai polis berdekatan bagi mendapatkan "permit pengkebumian". Bawa dokumen-dokumen seperti kad pengenalan, laporan perubatan dan apa-apa yang berkaitan. Sekiranya pihak polis mengarahkan untuk membawa mayat ke hospital untuk tujuan post mortem, sila bawa dengan segera.

Waris
Di Hospital
Dapatkan surat pengesahan kematian dari doktor.
Buat laporan ke balai polis di hospital atau mana-mana yang berdekatan untuk mendapatkan "permit pengkebumian".

Waris
Makluman ke SPANCH Maklumkan kepada Jawatankuasa Surau (SPANCH) yang berikut:
  • Khairil Azam B Mohd Khaidzir (012-352 7880) ATAU,
  • Riza B Johari (012-3716949) ATAU,
  • Hjh Nor Riha (012-6299394)
Waris
Pengurusan Jenazah Jawatankuasa SPANCH akan maklumkan kepada Bilal II Masjid Sg Ramal Luar (Haji Idris) 016-9558525 ATAU Ketua Kampung 012-9166988 SPANCH
Pengumuman/Hebahan akan dibuat di Surau An-Nur dan melalui pembesar suara Masjid SPANCH/Masjid
Mandi dan Kafan akan diuruskan pihak Masjid Sg Ramal Luar. Tiada bayaran dikenakan (ahli qariah) Masjid
Bayaran bagi bukan ahli qariah Waris
Jenazah akan dibawa ke bilik mandi jenazah di Masjid Ramal Sg Luar untuk dimandikan dan dikapankan — Jangkamasa 1 hingga 1½ jam Masjid
Jenazah akan dibawa ke masjid untuk disembahyangkan — sekitar 20 minit Masjid
Pengurusan Liang Ketua Kampung / Bilal II Masjid akan memaklumkan kepada petugas tanah perkuburan Masjid
Bayaran dikenakan sebanyak RM350 untuk tujuan ini (ditanggung oleh Surau An-Nur) SPANCH
Bayaran untuk tanah perkuburan alternatif Waris
Bayaran bagi bukan ahli qariah Waris
Kenderaan disediakan Masjid. Tiada bayaran dikenakan untuk urusan dalam qariah dan kawasan kurang dari 50km Masjid
Surcaj minimum akan dikenakan bagi setiap kilometer yang lebih dari 50km untuk menanggung kos minyak dan tol van jenazah Waris
Pengkebumian dan Bacaan Talqin Masjid
Selepas Selesai Pengurusan Jenazah Pengendalian Khairat Kematian dan Sumbangan kepada Waris SPANCH
Surat Daftar Kematian — perlu dibuat dalam masa 7 hari selepas kematian Waris
Bawa dokumen-dokumen berkaitan seperti Kad Pengenalan, permit pengkebumian, dan pengesahan kematian ke mana-mana cawangan Jabatan Pendaftaran Negara Waris
Dapatkan sijil daftar kematian bagi urusan-urusan Faraid, insurans, dll. Waris
Majlis Tahlil / Yassin boleh diadakan sama ada di surau atau rumah waris / ahli keluarga Waris
Maklumkan Majlis kepada Biro Kebajikan & Kemasyarakatan
  • Khairil Azam B Mohd Khaidzir (012-352 7880) ATAU,
  • Riza B Johari (012-3716949) ATAU,
  • Hjh Nor Riha (012-6299394)
Waris
Sebarang sumbangan bagi tujuan jamuan ringan selepas majlis atau sumbangan kepada wakil Biro Kebajikan di atas, terserah kepada kemampuan Waris

Ada pertanyaan dan kemusykilan?

HUBUNGI KAMI