SOP MAJLIS KORBAN – SPANCH

                                           

A.         PERANCANGAN – AJK INDUK – MESYUARAT

 

            a)         Jumlah lembu, kambing, tarikh korban, anggaran harga dan lain-lain

       b)         Pembahagian tugas: -

                        - Pengarah majlis – mengurus & mentadbir keseluruhan perjalanan majlis

                        - Pengurus / pentadbir – logistic, pembelian barang-barang, mencari pekerja, flyer

                          promosi, kutipan bayaran.

                        - Bendahari – mencari dan membeli lembu/kambing, mengumpul dana kutipan, menerima

                          kedatangan lembu/kambing, membayar baki duit.

                        - Penjaga lembu/kambing.

                        - Ketua menumbangkan lembu, melapah sehingga selesai.

                        - Ketua gotong royong, khemah dan lain-lain.

                        - Ketua memasak sup utama.

                        - Ketua pengurusan makan minum, pembelian bahan-bahan mentah untuk memasak.

                        - Ketua melapah/memotong kecil, membungkus daging & tulang.

                        - ketua mengumpul daging, penyerahan mengikut Asnaf & lain-lain tempat.

 

 

B.         GOTONG ROYONG

 

                        - Mesyuarat awal – AJK kecil bersama Ahmad dan Azizah – melihat semua peralatan

                          cukup dan berfungsi.

                        - Pastikan tarikh dan masa sesuai.

                        - Buat promosi supaya ramai akan hadir.

                        - Pengarah perlu mengarahkan kumpulan atau individu untuk membuat kerja-kerja berikut:

                        a) Khemah – pastikan khemah induk sudah dipasang.

                                          -  pasang khemah extra di tempat melapah.

b) Membuat sambungan cable atau extention eletrik untuk plug & lampu di seluruh khemah termasuk tempat memotong tulang.

c) Menggali lubang besar untuk ditanam bahan-bahan buangan seperti kulit dan perut(jika tiada yang berkehendak) dan lubang kecil untuk darah bagi setiap lembu (lebih baik digali semasa hari hendak korban kerana posisi lembu atau kambing yang ditumbangkan untuk disembelih besar kemungkinan berada di posisi yang lain)

                        d) Meletakkan nombor dan nama peserta di pokok berhampiran.

                        e) Menyediakan kayu sebagai alas lembu semasa penyembelihan.

                        f) Mengeluarkan SEMUA peralatan keperluan dari dalam stor.

                        - mengatur meja dan kerusi (dari atas dewan makan)

                        - dapur, periuk gas dan peralatan lain.

                        - memasang besi melapah dan lain-lain peralatan.

                        - membahagi-bahagikan parang, pisau, pisau kecil mengikut lembu – masukkan dalam

                          baldi untuk diserahkan kepada ketua melapah.

                        - menyediakan kereta sorong sekurang-kurangnya 5/6 buah termasuk plastic alas meja

                          dan alas lembu semasa melapah, memasang tempat potong tulang.

                        - mengeluarkan peralatan menimbang dan lain-lain alat membungkus.

                        - mencuba semua peralatan berfungsi :

                          a) semua sambungan letrik, kipas

                          b) mesin pemotong, dapur gas

                          c) water jet

                        - menyediakan peralatan pembersihan – tong, plastic, penyapu dan lain-lain.

                        - menyediakan tangki kosong – simpan air untuk kecemasan.

 

 

SEMASA HARI KORBAN

 

            1.         Ketua sembelih – melaksanakan proses menyembelih.

            2.         Melantik ketua untuk setiap lembu dan kambing (jika perlu). Ketua bagi setiap lembu perlu memastikan terdapat:

         – Ketua menumbang lembu dan melapah – berkumpulan – menjaga keselamatan

         – peralatan seperti pisau dan lain-lain dikumpulkan kembali

         – Ketua lembu perlu pantau dan memastikan bahagian daging dihantar ke tempat memotong.

         – Semasa melapah lembu atau kambing pastikan di lapik dengan banner supaya daging tidak kotor dan tercemar                   daripada terkena tanah dan bahan-bahan lain yang tidak bersih serta bernajis.

3.    Lain-lain ketua – melaksanakan tugas masing-masing.

4.    Ketua pengurus – memantau keseluruhan proses, barangan, mengurus pekerja dan jemaah untuk mengambil tugas masing-masing (atau kita mengatur mereka)

5.     Ketua memasak

        – Proses memasak dengan elok.

        –  Pembahagian sup dengan cara terbaik selepas semua habis makan dan minum di khemah.

6.    Ketua pengumpulan daging dan penyerahan

        – Buat hebahan setiap kali penyerahan dibuat pada Asnaf.

   – Jikalau ada daging berlebihan yang tidak diambil, bincang dengan AJK dan ambil tindakan segera.

   – Buat pengumuman kepada peserta dan juga yang hadir menolong untuk mengambil daging iaitu 5kg kepada peserta dan 2kg @ 1kg kpd yg menolong beserta tulang (bergantung kepada saiz dan jumlah daging yang dikorban)

 

 7.   Ketua pengurus/pembersihan – gotong royong untuk membersihkan, menyusun kembali barang-barang ke stor, mengangkat kembali kerusi meja di dewan makan atas – membuat pembahagian kepala dan kaki kepada KETUA kumpulan pekerja dan mereka yang ada kupon sahaja.

 

SOP ini adalah PERINCIAN skop kerja yang telah dibuat oleh AJK. Ianya boleh ditulis kembali dan dibuat perubahan pada mana-mana yang patut.

 

 

Sekian.

Disediakan oleh,

ABDOL RAHIM BIN A. TALIB

31/07/2019

 

Dikemaskini oleh,

Muhammad Hazim Bin Zaidi

25/8/2019