JAWATAN IMAM

Kami menjemput calon-calon yang berminat dan berkelayakan untuk mengisi jawatan Imam di Surau Pusat An-Nur Country Heights, Kajang, Selangor.

A. Syarat-syaratnya ialah:

  1. Warganegara Malaysia berumur 25 tahun keatas.
  2. Mempunyai Diploma di dalam Pengajian Islam/Syariah Islamiah/Bahasa Arab/Quran dan Sunnah atau yang setaraf dengannya. Yang mempunyai Ijazah berkaitan digalakkan memohon.
  3. Berpengalaman menjadi Imam di mana-mana Musolla, Surau atau Masjid
  4. Berpengalaman dalam urusan pentadbiran Masjid atau Surau
  5. Berpengalaman dalam pengurusan jenazah
  6. Boleh berceramah adalah satu kelebihan.
  7. Mempunyai kemahiran atau ilmu dalam mengendalikan majlis-majlis Kenduri Arwah, Doa Selamat dan lain-lain majlis berkaitan dengan Agama
  8. Penghafaz Al-Quran dan mempunyai Sijil Tahfiz yang diiktiraf oleh kerajaan Malaysia.
  9. Keutamaan yang boleh bertaranum.Komited, berdisiplin, berkeyakinan tinggi dan bertanggungjawab menyelaras aktiviti- aktiviti Surau
  10. Fasih berkomunikasi di dalam Bahasa Malaysia, mahir berkomunikasi di dalam Bahasa Arab dan Inggeris adalah satu kelebihan,
  11. Berupaya menjalin kerjasama dan hubungan dengan ahli kariah.
  12. Berkebolehan mengajar kelas fardu ain dan Al-Quran adalah satu kelebihan
  13. Mahir dalam penggunaan ICT terutama aplikasi MS-Office

B. Gaji

  1. a. RM2,500 sebulan (selepas tempoh percubaan selama 3 bulan)

C. Kemudahan/Faedah

  1. Caruman KWSP
  2. Kenaikan gaji tahunan/bonus mengikut prestasi
  3. Cuti tahunan
  4. Kemudahan perumahan di kawasan surau
  5. Kemudahan lain seperti alat pembasuh pakaian, tempat letak kenderaan, gymnasium, komputer dan internet

 

Calon-calon yang berminat dan menepati kelayakan dikehendaki menghantar resume lengkap dengan menyatakan maklumat peribadi termasuk gambar terkini, kelulusan,
pengalaman dan nombor talipon ke helpdesk.spanch@gmail.com sebelum 25 Januari 2019. Untuk dapatkan maklumat lanjut mengenai surau, layari website kami di www.spanch.my.

Hanya calon yang disenarai pendek sahaja akan dihubungi dan dipanggil untuk ditemuduga.

Ada maklumbalas, aduan atau kemusykilan?

HUBUNGI KAMI