بسم الله الرحمن الرحيم

Hadith Pilihan

Daripada Shuhaib RA berkata, Rasulullah SAW bersabda : “Amat menakjubkan urusan seorang Mukmin kerana setiap urusannya adalah baik dan itu tidak akan berlaku kepada seorang pun kecuali kepada seorang Mukmin (yang sempurna keimanannya). Jika dia mendapat sesuatu yang mengembirakan dia bersyukur, maka itu adalah kebaikan baginya. Jika dia ditimpa kesusahan dia bersabar, maka itu adalah kebaikan baginya.” Hadith riwayat Muslim, No.Hadith : 2999

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه

Selamat Datang ke laman web dan portal rasmi Surau Pusat An-Nur, Country Heights Kajang.

Pembangunan portal ini bertujuan untuk menghubungkan pengunjung portal ini dengan pihak pengurusan Surau Pusat An-Nur Country Heights (SPANCH). Pengurusan portal ini diketuai oleh Biro ICT, Penerbitan & Komunikasi SPANCH dengan bantuan sebuah agensi swasta.

Segala maklumat di dalam portal ini adalah dibawah seliaan AJK Pentadbiran SPANCH. Pihak SPANCH tidak bertanggungjawab atas segala kekeliruan maklumat di pihak pengunjung portal ini.


BACA LAGI

Program Bina Semula Gaza (BSG)

SPANCH menjalin kerjasama strategik dengan MyCARE bagi mengutip dana untuk Program Bina Semula Gaza (BSG).
Anda dijemput memberi infaq kepada program ini bagi menjayakannya demi kebaikan sahabat Muslim kita di Gaza.

JUMLAH KUTIPAN SEMASA:
RM68,954.02 / RM500,000.00

PAUTAN

Berikut merupakan senarai pautan agensi-agensi berkaitan: