SENARAI BIRO

Berikut merupakan biro-biro Surau Pusat An Nur Country Heights Kajang dan peranan masing-masing:

BIRO PENGAJIAN & DAKWAH

  • memantapkan kefahaman dan penghayatan Islam melalui program & aktiviti keilmuan dan dakwah yang komprehensif dan holistik
  • menghidupkan budaya belajar sepanjang hayat di kalangan ahli kariah
  • menyedia dan menyelia perpustakaan surau dan bahan bacaan serta risalah untuk ahli kariah dan tetamu termasuk komuniti yang bukan beragama Islam

BIRO WANITA, KELUARGA & KANAK-KANAK

  • meningkatkan penyertaan dan peranan aktif wanita sebagai sebagai penyumbang kepada matlamat pembangunan surau cemerlang
  • menyediakan program untuk membangunkan perkembangan potensi kanak-kanak kearah generasi yang produktif, responsif dan efektif
  • mengukuhkan institusi keluarga melalui meningkatkan kefahaman berlandaskan konsep sakinah (ketenangan), mawaddah (kecintaan) dan rahmah (kasih sayang).

BIRO REMAJA, RIYADAH & RAKAN SURAU

  • memesrakan surau degan golongan belia
  • mengenal pasti dan membimbing kumpulan pelapis
  • melibatkan golongan remaja secara langsung dan proaktif dalam semua aktiviti pengurusan dan pengimarahan surau

BIRO KEBAJIKAN & KEMASYARAKATAN

  • mewujudkan program serta aktiviti kemasyarakatan bagi menjalin rasa 'ukhuwwah' dan silaturrahim serta mewujudkan kesatuan dan persatuan ahli kariah
  • menjadikan surau sebagai pusat pembudayaan kerja-kerja kebajikan dan khidmat sukarela
  • mengendalikan aktiviti kemasyarakatan terbuka kepada semua kaum

BIRO DANA, EKONOMI & PENAJAAN

  • mencari sumber kewangan tetap dan berterusan melalu sumbangan pengurusan/penyelenggaraan bulanan dari individu & syarikat
  • merancang dan melaksanakan program ekonomi dan urusniaga sewaan bagi memperkukuh dan memantapkan kedudukan dana
  • menimbulkan kesedaran masyarakat untuk menderma

BIRO PEMBANGUNAN & PENGURUSAN ASET

  • merancang pembangunan baru bagi menambah baik prasarana sedia ada supaya setanding dengan surau utama yang lain
  • mewujudkan kemudahan-kemudahan yang boleh dimanfaatkan oleh ahli kariah dan menjana pendapatan
  • menyelenggara keseluruhan prasarana SPANCH yang telah mula dimakan usia dengan mengimbangi faktor keselamatan dan kos penyelenggaraan yang optima
  • menyelaras perlaksanaan projek atau program khas/mega SPANCH yang memerlukan kerjasama dan penglibatan dari biro-biro

BIRO KEBERSIHAN & KECERIAAN

  • menentukan kawasan luar dan dalam surau sentiasa dalam keadaan bersih, suci, tersusun dan ceria dengan hiasan selaras dengan imej surau.
  • menyediakan kemudahan-kemudahan dan peralatan kecemasan yang boleh dimanfaatkan oleh ahli kariah amnya dan orang kurang upaya
  • memastikan tanda arah yang jelas, poster motivasi, maklumat di papan tanda terkini & bermanfaat serta pelebalan swis lampu dan kipas yang mudah difaham mengikut pelan lantai
  • melaksanakan program penjimatan tenaga/sumber secara menyeluruh seperti notis/arahan penjimatan tenaga, penggunaan lampu/peralatan save energy, penetapan suhu optimum air-cond, penjimatan air dan kempen Hijau (Kitar Semula)

BIRO PENGURUSAN ACARA, SAJIAN & KERAIAN

  • menyediakan kalendar pengurusan acara tahunan SPANCH berdasarkan maklumat dari ketua-ketua biro
  • ​​bekerja dengan biro2 untuk merancang dan mengatur semua aktiviti acara/majlis yang merangkumi semua fasa pengurusan acara : pra-majlis, semasa majlis dan pasca majlis
  • usaha dapatkan tajaan serta tawaran terbaik dari pembekal pilihan atau rakan niaga bagi perkhidmatan logistik, peralatan majlis, sajian, promosi dsbnya

BIRO KOMUNIKASI, ICT & PENERBITAN

  • memastikan setiap hebahan dan maklumat surau sampai kepada sasaran dengan mudah, cepat dan berkesan
  • menerbitkan, menjadualkan dan mengedarkan bahan-bahan cetakan seperti buletin, risalah, surat siaran, petikan khutbah dan lain-lain
  • membudayakan penggunaan ICT dalam pengurusan & pentadbiran surau bagi meningkatkan mutu perkhidmatan serta meransang produktiviti

UNIT PENGURUSAN PANTRY, DEWAN JAMUAN & HAL-EHWAL MAID

  • mengurus penyediaan dan penajaan makanan bagi kuliah dan aktiviti ibadah mingguan
  • menyediakan dan memantau perkhidmatan "maid" untuk semua majlis jamuan di surau
  • mengawal dan mengurus inventori serta penggunaan kelengkapan & peralatan dapur dan urusan pembelian bekalan barang-barang makanan

WAKIL KAWASAN

  • membantu melaksanakan program banci & kemaskini daftar ahli kariah
  • menyambut kedatangan ahli kariah baru dan memperkenalkan program dan aktiviti SPANCH
  • menyebarkan flyer atau maklumat kepada ahli kariah di kawasan masing-masing
  • bertindak sebagai sebagai "wakil" yang berurusan terus dengan ahli kariah setempat (akar umbi)
    • menyampaikan dan menguar-uarkan maklumat & program terkini kepada ahli kariah dengan sentuhan mesra & peribadi
    • memantau masaalah atau keperluan ahli kariah setempat supaya dapat ditangani dengan lebih cepat dan berkesan