Hadith Pilihan
Daripada an-Nu'man bin Basyir RA, beliau berkata; Rasulullah SAW bersabda: "Perumpamaan seseorang Mukmin sesama Mukmin dalam hal saling mencintai, mengasihi dan menyayangi seumpama satu badan. Apabila ada salah satu anggota badan yang menanggung kesakitan, maka seluruh badannya akan turut terjaga (tidak akan tidur) dan terasa panas (merasakan sakitnya)." Muttafaqun 'Alaih, hadith riwayat al-Bukhari, No.Hadith : 6011 dan Muslim, No.Hadith : 2586, lafaz hadith daripada riwayat Muslim
Selamat Datang ke laman web dan portal rasmi Surau Pusat An-Nur, Country Heights Kajang.
Pembangunan portal ini bertujuan untuk menghubungkan pengunjung portal ini dengan pihak pengurusan Surau Pusat An-Nur Country Heights (SPANCH). Pengurusan portal ini diketuai oleh Biro ICT, Penerbitan & Komunikasi SPANCH dengan bantuan sebuah agensi swasta.
Segala maklumat di dalam portal ini adalah dibawah seliaan AJK Pentadbiran SPANCH. Pihak SPANCH tidak bertanggungjawab atas segala kekeliruan maklumat di pihak pengunjung portal ini.
Berita & makluman terkini surau
Video kuliah dan aktiviti terkini